fbpx

Kebenaran akan sentiasa menang – Mohamed Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azmin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini

PETALING JAYA – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melahirkan rasa syukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan kes dihadapi beliau hari ini.

Beliau berkata, keputusan mahkamah menolak saman fitnah dikemukakan syarikat pengimport telur, J&E Advance Tech Sdn Bhd (J&E) terhadapnya merupakan kemenangan kepada kebenaran.

“Alhamdulillah, syukur di atas kemenangan ini. ‘The truth will always prevail’,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman fitnah dikemukakan J&E terhadap Mohamed Azmin yang juga Pengerusi Bersatu Selangor dan bekas Menteri Besar Selangor.

Saman itu berhubung dakwaan syarikat itu bahawa Mohamed Azmin memfitnahnya memperoleh kontrak melalui rundingan terus dengan kerajaan untuk mengimport telur dari India.

Terdahulu, Azmin dalam hantaran sama memaklumkan, Hakim Leong Wai Hong mendapati bahawa ucapannya tidak membawa dan/atau mampu membawa maksud fitnah

Katanya, ucapan tersebut adalah tidak merujuk kepada plaintif, maka tindakan saman fitnah oleh plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM50,000 untuk dibayar kepada defendan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI