fbpx

FAM rehatkan pengadil aksi JDT, Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI melibatkan JDT menentang Perak berlangsung dalam keadaan ‘panas’ dengan beberapa keputusan kontroversi melibatkan pengadil.

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merehatkan dua pengadil, Razlan Joffri Ali dan Ahmad Zuhadi Dzulkifli selepas didapati tidak membuat keputusan tepat pada aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad lalu.

Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil berkata, Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil telah membuat analisa tentang insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pemain pada minit ke-84.

“Analisa kedua-dua insiden tersebut dibuat berpandukan Undang-Undang Permainan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan mendapati keputusan pengadil perlawanan (Razlan) dan Pengadil VAR (Ahmad Zuhadi) adalah kurang tepat.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengadil FAM telah mengambil keputusan untuk merehatkan pengadil dan pengadil VAR terbabit sebanyak dua perlawanan daripada sebarang tugas pengadil di Liga Profesional dan Liga Amatur.

“Selain direhatkan untuk dua perlawanan, kedua-dua pengadil tersebut juga akan dirujuk ke fasa pemulihan dan pemurnian sebelum diberikan tugas pengadil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI