PETALING JAYA – “Perasaan dapat bagi hadiah pada ibu bapa memang sangat berharga”.
Itu reaksi pengguna media sosial terhadap sebuah video tular yang memaparkan kegembiraan pasangan suami isteri menerima hadiah telefon pintar daripada anak mereka.
Melalui video berdurasi satu minit itu, pasangan suami tersebut dilihat sedang menjamu selera di sebuah kedai makan sebelum tiba-tiba diberi kotak berisi telefon pintar baharu daripada anaknya.
Pasangan semua isteri itu kemudian dilihat terkejut dan terharu apabila menerima telefon bimbit baharu berkenaan.
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna turut berkongsi perasaan terharu melihat reaksi pasangan suami isteri tersebut.
“Perasaan dapat bagi hadiah pada Mak Ayah ni priceless. Tak kiralah mahal ke murah ke, besar ke kecil ke, rasa puas tu memang tak dapat digambarkan,” kata Cikgu Anep.
“Betul ‘touching’ bila tengok video ini. Tiba-tiba rasa rindu pada arwah mak dan rindu pada ayah.. Al-Fatihah buat mak,” kata Zila.
“Semoga dimurahkan rezeki anak-anak ini dan juga diberi kesihatan yang baik buat ibu bapa mereka,” kata Coyot.
“Sederhana tapi bahagia,” kata Mesut.
Sehingga kini, video berkenaan telah meraih lebih 24,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE
@lelazuki