PETALING JAYA – Lima sektor dikenal pasti sebagai sektor ekonomi perlu iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sektor itu dibenarkan beroperasi kerana peranannya menyokong kerja-kerja membekal keperluan asas seperti makanan, minuman dan barangan keperluan rumah serta penjagaan diri.
“Sektor itu turut membekalkan kelengkapan peralatan perlindungan diri (PPE), peranti perubatan dan ubatan kepada petugas kesihatan; aktiviti perdagangan antarabangsa; memastikan rantaian bekalan tidak terputus dan menyokong infrastruktur kritikal dan kerja-kerja kecemasan,” katanya. – K! ONLINE