PETALING JAYA – Aktiviti sosial melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam serta aktiviti sukan tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengecualian diberikan bagi negeri-negeri yang melaksanakan PKP Pemulihan, tertakluk kepada prosedur operasi standard lebih ketat.
Difahamkan, di kawasan yang dikenakan PKP hanya lima individu dibenarkan untuk menunaikan solat di surau atau masjid pada satu-satu masa – K! ONLINE