PETALING JAYA – Sekumpulan anak muda menari terkinja-kinja di sebuah acara hiburan mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna media sosial.
Sebuah hantaran di TikTok memperlihatkan anak-anak muda meloncat-loncat sambil merakam persembahan menggunakan telefon pintar masing-masing.
Lebih menyedihkan, berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa mempedulikan batas pergaulan.
Rata-rata pengguna media sosial mengecam aksi tersebut dengan menyifatkannya sebagai mencerminkan keruntuhan akhlak bagi masyarakat kita terutamanya anak muda.
“Ini lah hakikatnya. Di mana-mana pun macam ni. Anak-anak muda terlalu disajikan dengan hiburan,” komen Ariss.
“Dari muda sampai ke warga emas banyak program melalaikan. Sedih aku tengok,” kata Amri.
“Orang muda bagi alasan ini untuk ‘healing’. Tertekan asyik belajar,” ujar Sayang. – KOSMO! ONLINE