fbpx

Polis akan tangkap dan kompaun mereka langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYOB Khan

JOHOR BAHRU – Polis Johor akan mengambil tindakan tegas sama ada menangkap atau dikenakan kompaun kepada mana-mana individu yang gagal menjalani kuarantin wajib 14 hari di rumah selepas memakai gelang tangan pengesanan Covid-19.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak sentiasa akan memantau pergerakan individu yang memakai gelang merah jambu itu dengan berkunjung rumah ke rumah.

Katanya, kunjungan itu akan dilakukan dengan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Kita masih ada 18 lokasi sekatan jalan raya (SJR) dengan tim (pasukan) pemantauan yang masih beroperasi bagi memastikan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Mungkin masyarakat beranggapan tiada tangkapan baharu, tiada kompaun baharu dikeluarkan, mungkin mereka beranggap mereka boleh buat apa sahaja, kita akan ambil tindakan tegas,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Tindakan tegas itu dilaksanakan susulan wujud kluster baharu Covid-19 di sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang dekat sini melibatkan 11 penghuni warganegara dan seorang pekerja serta ahli keluarga penghuni. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI