fbpx

Menangani diabetes melalui perubahan gaya hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINAA (dua dari kiri) berkongsi kisahnya menangani diabetes melalui perubahan gaya hidup.

DIABETES merupakan satu penyakit yang membimbangakan kerana menjadi penyumbang utama kepada berlakunya masalah kesihatan lain, oleh itu Sambutan Hari Diabetes Sedunia diraikan pada setiap 14 November bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit tersebut.

Sempena sambutan tersebut, Ainaa Munirah Pang, 39 yang merupakan seorang pesakit diabetes baru-baru ini telah berkongsi kisahnya pada pelancaran kempen Glucerna #StartsWithYou bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengawal keadaan mereka dan menjalani kehidupan yang lebih sihat. 

Memiliki kerjaya sebagai seorang cef pastri yang sering dikelilingi oleh godaan makanan dengan kandungan gula yang tinggi adalah satu cabaran yang amat sukar buat Ainaa.

Malah disebabkan hal tersebut dia telah diagnosis diabetes jenis 2 pada usia 27 tahun.

Pengalaman Ainaa ini bukanlah sesuatu yang asing dan penyakit diabetes semakin meningkat di kalangan golongan muda rakyat Malaysia.

Kajian menunjukkan 15.6 peratus orang dewasa terkesan manakala 40 peratus daripada mereka tidak menyedari tahap kesihatan mereka,

Justeru, peningkatan kadar diabetes di Malaysia menunjukkan keperluan bagi pencegahannya.

AINAA telah diagnosis diabetes jenis 2 pada usia 27 tahun

Ainaa berkata, usaha bagi mengurangkan tahap pengambilan glukosa sering terjejas disebabkan keperluan pekerjaan yang memerlukannya merasa makanan yang mengandungi tahap glukosa yang tinggi selain waktu kerja yang panjang. 

“Saya menyedari mempunyai paras glukosa yang tinggi dan sedar sokongan luar diperlukan.

“Saya telah mencuba pelbagai cara untuk mengawal tahap glukosanya tetapi gagal, menyebabkan dia berasa kecewa dan putus asa,” katanya.

Bagaimanapun, selepas terlibat dalam satu kemalangan empat tahun yang lalu sehingga menyebabkan Ainaa mengalami komplikasi seperti jangkitan otak, penglihatan ganda dan tulang rusuk patah telah mengubah persepsinya dalam pengurusan kesihatannya. 

Kemalangan ini telah menyebabkan Ainaa melalui trauma dan menilai semula tahap kesihatannya.

Penyakit diabetes juga merupakan penyakit keturunan yang disebabkan oleh faktor genetik. 

Ini berikutan ibu dan adik perempuannya juga menghidap penyakit tersebut. 

Ainaa sedar untuk mengekalkan kesihatan yang baik memerlukan perubahan gaya hidup yang ketara iaitu melalui pengawalan tabiat pemakanan dan pengambilan makanan yang seimbang.

Menurutnya, perubahan hidup Ainaa bermula selepas dia menyertai Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna (GLCP) Abbott. 

“Program selama empat minggu ini berjaya membantu saya mengawal paras glukosa, menurunkan berat badan serta mengembalikan semula keyakinan diri. 

“Menerusi pemantauan glukosa berkala, panduan pemakanan yang seimbang dan sokongan komuniti, saya mula menyaksikan peningkatan kepada kesihatan fizikal dan emosi,” jelasnya. 

Selepas setahun menyertai GLCP, Ainaa berjaya menurunkan tahap glukosa purata kepada 8 mmol/L dan juga menurunkan berat badannya. Berkat komitmen Ainaa untuk mengekalkan gaya hidup sihat secara konsisten, dia kini berjaya mencapai tahap glukosa sasarannya.

Dengan semangat baru dalam hidup, Ainaa mula menyertai larian maraton bagi meningkatkan stamina serta membuktikan kemampuan dirinya. 

Selain itu, Ainaa juga telah menjadikan minatnya dalam pembuatan pastri sebagai cara untuk membantu orang lain. 

Kini, dia berjaya mencipta resipi tanpa gula dan mesra diabetes sekaligus memberi manfaat kepada rakan-rakannya dan para pengidap diabetes.

AINAA (tiga dari kanan) berkongsi kisahnya pada pelancaran kempen Glucerna #StartsWithYou baru-baru ini.

Pengalaman Ainaa dalam mencegah diabetes berjaya membuktikan bagaimana pengurusan pemakanan yang berdisiplin boleh membawa kepada peningkatan kesihatan yang ketara. 

Pemakanan dan intervensi gaya hidup sihat memainkan peranan utama dalam membantu individu mencapai kawalan glisemik yang lebih baik. 

Oleh itu, GLCP oleh Abbott tekad menggabungkan konsep ini bagi membantu peserta memperbaiki kesihatan mereka melalui penyesuaian diet, pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dan sokongan motivasi.

Ainaa adalah salah seorang daripada ramai penghidap diabetes yang berjaya mengawal dan memperbaiki kesihatan mereka. 

Kempen ini menampilkan kisah kejayaan rakyat Malaysia yang menyertai GLCP. 

Kempen ini juga menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi pengalaman mereka dalam mengurus diabetes, agar dapat memberi inspirasi kepada penghidap lain untuk mengubah gaya hidup dan mengatasi cabaran diabetes.

Hantar pengalaman dan kisah anda dengan tajuk ‘Perjalanan Diabetes Saya’ kepada Abbott Nutrition Careline ([email protected]) dan anda berpeluang menerima Pek Kesihatan Glucerna secara percuma. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI