fbpx

Dua lelaki tular curi motosikal diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kelibat dua suspek dipercayai ketika mencuri sebuah motosikal di flat Jalan Sungai Puyu, semalam.

SEBERANG PERAI – Polis sedang mengesan dua suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian kecurian motosikal di kawasan pakir sebuah flat di Jalan Sungai Puyu, Sungai Dua, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh seorang lelaki tempatan mengenai kehilangan motosikal jenis Honda terbabit.

Katanya, mangsa memaklumkan akan kehilangan motosikal miliknya yang diletakkan dalam kawasan parkir flat berkenaan.

“Susulan itu, pegawai penyiasat bersama sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian dan hasil siasatan awal menemui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran yang merakam kejadian tersebut.

“Semakan rakaman CCTV terbabit mendapati dua lelaki warga tempatan telah mencuri motosikal kira-kira pukul 8.03 malam,” katanya di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Anuar turut menyeru orang ramai agar tidak mensasikan kes berkaitan sehingga mengganggu ketenteraman awam pihak yang sedang menjalankan siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes Sarjan Muhammad Adib Ikmal Sukri di talian 04 – 576 2222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Terdahulu, satu rakaman CCTV berdurasi satu minit yang menunjukkan kelibat dua suspek terbabit tular di laman sosial sejak petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI