fbpx

Tanah runtuh di laluan Tanah Rata-Ringlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANAH runtuh dan pokok tumbang di Kilometer 54, Jalan Besar Tanah Rata-Ringlet dekat Cameron Highlands menyebabkan laluan terhalang selama dua jam.

CAMERON HIGHLANDS – Kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang berlaku di laluan Kilometer 54, Jalan Besar Tanah Rata-Ringlet, dekat sini petang tadi menyebabkan kedua-dua laluan terhalang dan tidak boleh dilalui semua kenderaan selama dua jam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli, berkata, bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu.

“Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan.

“Kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan dan laluan telah kembali dibuka untuk semua kenderaan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI