fbpx

Takiyuddin persoal Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah diberi kepada syarikat tidak layak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin.

KUALA LUMPUR – Isu berkenaan Penganugerahan Pakej Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah didakwa diberi kepada syarikat tidak layak terus dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengemukakan soalan itu kepada Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Satu syarikat disyorkan oleh jawatankuasa penilaian tender supaya diberikan kepada satu syarikat kerana mempunyai rekod yang baik.

“Satu syarikat tidak disyorkan kerana gagal dalam pra-syarat dikenakan, tetapi kita dimaklumkan apabila Kementerian Kerja Raya (KKR) angkat kepada Kementerian Kewangan, Kementerian Kewangan arahkan beri kepada syarikat tidak disyorkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) turut mencelah dengan meminta Penganugerahan Pakej Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah kepada syarikat tidak berkelayakan perlu ditarik balik.

Amir Hamzah memaklumkan, beliau tidak mempunyai data berhubung perkara itu dalam Dewan Rakyat semalam, maka mengelak daripada menjawabnya supaya tidak memberi jawapan yang salah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md. Nor meminta Menteri Kewangan II memberi jawapan secara bertulis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI