fbpx

Jenazah Tun Daim selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid menabur bunga di atas pusara suaminya selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, hari ini. Foto FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, di sini sebentar tadi.

Penghormatan terakhir itu dihadiri lebih 500 orang termasuk kenalan, keluarga dan pemimpin-pemimpin politik negara.

Bacaan talkin yang bermula sekitar pukul 5.50 petang tadi diketuai oleh Imam Kanan Masjid Wilayah, Muhamad Afandi.

Jenazah sebelum itu dibawa ke Masjid Wilayah, Jalan Duta di ibu negara pada pukul 3.45 petang untuk disembahyangkan selepas selesai mandi dan kafan di kediaman beliau di Persiaran Bukit Tunku.

Daim dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun akibat strok di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya pada pukul 8.21 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI