fbpx

Pelajar meracau lepas hisap vape cedera jatuh bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Seorang pelajar lelaki tingkatan dua cedera di kaki selepas terjatuh dari bumbung laluan pejalan kaki sebuah sekolah di sini, pagi tadi.

Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Rose Aza Che Arifin berkata, sebelum kejadian pukul 11 pagi itu, pelajar terbabit dipercayai menghisap vape di dalam kelas pada penghujung waktu rehat.

Beliau berkata, selepas itu pelajar terbabit dipercayai khayal dan bertindak turun dari tingkat satu bangunan sekolah ke bumbung susur gajah.

Menurut Rose Aza, pihak sekolah terpaksa menghubungi anggota polis berikutan pelajar itu menjadi tidak terkawal apabila meracau.

“Pelajar itu dibawa ke Klinik Kesihatan Kangar bagi menjalani ujian saringan air kencing. Pelajar itu didapati negatif dadah dan keadaannya stabil. Remaja tersebut kemudian dibawa pulang ke rumah oleh warisnya,” katanya hari ini.

Tambahnya, pihak sekolah turut melakukan siasatan dalaman berhubung kes itu dan menghantar laporan awal kepada Unit Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Murid, JPN Perlis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI