fbpx

Butik guna model sebenar pamer pakaian di kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan dua wanita berjalan di atas treadmil sambil mengenakan pakaian yang dijual. - X

BEIJING – Sebuah butik pakaian di China mengundang perhatian pengguna media sosial kerana menggunakan manusia sebenar bagi menggantikan patung untuk mempamerkan pakaian, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Rakaman video yang dimuat naik di platform X oleh akaun @gunsnrosesgirl3 menunjukkan dua wanita berjalan dengan penuh gaya di atas ‘treadmill’.

Langkah itu dibuat untuk mempamerkan keadaan pakaian dalam keadaan seseorang bergerak, sekali gus menunjukkan pemandangan yang lebih realistik kepada pelanggan.  

“Mereka percaya bahawa ia dapat membantu pelanggan dengan cara pemakaian dan bagaimana ia dilihat dalam keadaan bergerak,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 7.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Pemasaran seperti ini akan menarik perhatian pelanggan! Sangat bijak!” puji seorang netizen. 

“Ini adalah sangat baik! Ia bukan sahaja membantu anda mendapat duit, malah membuatkan anda sihat dan cergas!” komen netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI