fbpx

UNL: Odegaard buat keputusan tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ODEGAARD mengakui keadaan fizikalnya belum berada pada tahap terbaik untuk menggalas tugas bersama pasukan antarabangsa. - AFP

OSLO – Kapten pasukan Norway, Martin Odegaard mengesahkan keputusan untuk menarik diri daripada kem latihan skuad kebangsaan pada saat akhir kerana masih lagi belum cergas menjelang aksi Liga Negara-Negara Eropah pada minggu ini.

Sebagai rekod, Odegaard terpaksa disisihkan hampir dua bulan selepas mengalami kecederaan ketika bersama Norway pada September lepas.

Namun, pemain Arsenal ini membuat kemunculan semula ketika membantu The Gunners meraih keputusan seri 1-1 menentang Chelsea pada Ahad lepas.

Odegaard yang telah melaporkan diri ke skuad kebangsaan Norway pada awal minggu ini terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri kerana tidak mahu mengambil risiko kecederaan berulang.

“Saya mahu mewakili skuad kebangsaan, tetapi keadaan fizikal saya tidak mengizinkan. Saya masih belum cergas untuk bersaing di peringkat tertinggi pada dua aksi antarabangsa akan datang.

“Malah, saya baru melakukan sesi latihan kompetitif pada minggu lalu selepas disisihkan hampir dua bulan. Justeru, saya belum lagi berada pada tahap seratus peratus dan harap dapat kembali semula pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, pengendali Norway, Stale Solbakken terpaksa akur apabila melepaskan khidmat pemain berusia 24 tahun itu pada aksi UNL menentang Slovenia awal pagi esok dan Kazakhstan pada minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI