fbpx

Hampir seluruh negara dilanda hujan lebat, ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang melanda hampir seluruh negara sehingga pukul 6 petang hari ini.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan, cuaca buruk petang ini tertumpu sekitar Kedah melibatkan Baling, Kulim, dan Bandar Baharu.

Selain itu, seluruh negeri Pulau Pinang berdepan cuaca yang sama petang ini serta beberapa daerah di Perak.

“Di Kelantan, hujan lebat diramal melanda Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai serta sebahagian negeri Terengganu seperti Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

:Bagi negeri Pahang, cuaca buruk dijangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya.

Sementara itu, hujan lebat turut dijangka membadai negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Hujan lebat berserta ribut petir juga dilaporkan bakal melanda Sarawak iaitu Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis dan Miri), serta Limbang.

“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, dan Kota Belud), serta Kudat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI