KUALA LUMPUR – Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin sebaik jenazah tiba di Bukit Tunku, tengahari tadi.
Selain ahli keluarga, beberapa kelibat tokoh pemimpin negara turut kelihatan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Antaranya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Terdahulu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali tiba lebih awal sekitar pukul 12.40 tengah hari.
Mengikut maklumat yang diberikan keluarga, jenazah akan diuruskan dan disolatkan di sini sebelum dibawa ke Masjid Wilayah untuk urusan seterusnya.
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1, selepas solat asar hari ini. – KOSMO! ONLINE.