fbpx

18 maut bas rombongan pengantin terjunam dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah ambulans tiba di tempat kejadian untuk membantu operasi mencari dan menyelamat. - Mirror UK

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh apabila bas yang dinaiki oleh tetamu majlis perkahwinan terjunam ke dalam sebatang sungai di utara Pakistan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kemalangan berlaku di Sungai Indus, wilayah Gilgit Baltistan.

Seorang jurucakap kerajaan, Faizullah Farqan berkata, bas itu terjunam ke dalam sungai semasa dalam perjalanan ke bandar Chakwal, wilayah Punjab. 

“Semasa operasi mencari dan menyelamat, kami menemui seorang wanita yang masih hidup dan dia sedang menerima rawatan di hospital,” tambahnya. 

Punca nahas masih belum diketahui dan satu-satunya mangsa yang terselamat juga belum disoal oleh polis. 

Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, mengucapkan takziah dan meminta anggota-anggota penyelamat untuk mempercepatkan usaha bagi mencari penumpang lain yang hilang.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, satu-satunya mangsa yang selamat ialah pengantin perempuan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI