SEBERANG PERAI – Polis Pulau Pinang dilaporkan menembak mati tiga penjenayah berhampiran Ladang Byram menuju Taman Perindustrian Batu Kawan di sini, awal pagi tadi.
Ketiga-tiga suspek itu dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan senjata api dan kecurian kenderaan.
Kejadian tembakan itu kemudiannya tular dalam media sosial.
Ketua polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad dijangka mengadakan sidang akhbar berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada pukul 3 petang.