fbpx

Aktiviti seludup rokok putih RM4.48 juta tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela menunjukkan barangan rampasan selepas sidang akhbar mengenai penyelupan rokok putih di Bangunan Pentadbiran AMC KLIA, Sepang hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok putih bernilai hampir RM4.48 juta menerusi lima operasi berasingan yang dijalankan pada hujung September hingga Oktober lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam JKDM Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, tiga daripada kes berkenaan dikesan di kawasan Zon Perdagangan Bebas (FCZ) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sementara dua lagi kes masing-masing di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang dan sebuah gudang di Selat Klang Utama.

Menurut beliau, secara keseluruhan pihaknya merampas sejumlah 5.82 juta batang rokok putih pelbagai jenama yang bernilai RM576,448 dengan anggaran selepas cukai RM3.89 juta.

“Pada 27 September lalu, sepasukan anggota Operasi Kastam Bahagian Penguatkuasaan Zon Tengah Unit III telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah gudang di Selat Klang Utama dan menemui 960,000 batang rokok putih dipercayai disimpan secara sementara sebelum dihantar ke lokasi berbeza di Semenanjung menggunakan lori syarikat penghantaran,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Norlela berkata, seterusnya pemeriksaan harian yang dilakukan oleh anggota JKDM ke atas tiga buah Cargo Terminal Operator (CTO) di FCZ KLIA pada 2 dan 7 Oktober lalu menemui 752,200 batang rokok putih dipercayai untuk dieksport ke rantau Oceania dan Eropah.

Jelasnya, operasi yang dijalankan pada 16 Oktober lalu berjaya membawa kepada penemuan 4.16 juta batang rokok putih di dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang dipercayai untuk diimport masuk ke dalam negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI