PETALING JAYA – Setelah mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 November lalu, Ina Naim dan suami baharunya, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, muncul dalam satu siaran langsung buat pertama kalinya semalam.
Dalam siaran langsung TikTok yang berdurasi hampir satu jam itu, pasangan ini kelihatan ceria bergurau senda, sambil menerima pelbagai hadiah atau ‘gift’ daripada penonton.
Sepanjang siaran langsung tersebut, Ina Naim dan suami kelihatan mesra apabila saling bergurau dan berjenaka bersama.
“Siapa yang lihat siaran langsung ini tetapi senyum sorang-sorang, saya dan Kak Ina doakan nanti kalian senyum berdua (dengan pasangan),” kata suaminya dalam siaran langsung tersebut.
Dalam pada itu, Ina Naim juga tidak segan mengusik suaminya, membuat ramai penonton seronok melihat hubungan mesra pasangan ini.
“Dia (suami) nyanyi tidak boleh, tapi kalau pegang skru dia boleh.
“Kak Ina ikut dia beli barang tukang, cara dia pilih barang dengan teliti melihat satu-satu butiran pada barang tersebut, lama sangat,” usik Ina Naim.
Ramai penonton turut meluahkan rasa gembira melihat Ina Naim kini bahagia bersama suami baharunya.
“Yang dulu saya senyum, yang sekarang pun saya senyum, saya kena kahwin juga ni!” komen salah seorang peminat. – KOSMO! ONLINE
@umarmisnanIna naim suhaimi live tiktok bersama suami baru yang mempunyai banyak persamaan terutamanya suka bagi bunga Alhamdulillah syukur ya اللّٰه