fbpx

Pekerja kilang dituduh bunuh dua beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian dua beranak maut ditikam seorang lelaki di Farlim, Ayer Itam, Khamis lalu.

GEORGE TOWN – Seorang pekerja kilang dituduh membunuh dua beranak di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam di sini, Khamis lalu.

Tertuduh, Muhammad Farhan Izzuddin Rosman,32, berdepan dua pertuduhan membunuh Siti Zulaila Zulkifli, 30, dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62.

Pertuduhan terhadapnya, dikemukakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi di Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini. Pendakwaan dijalankan di wad C6 di HPP memandangkan tertuduh masih menerima rawatan.

Ketika prosiding, tertuduh hanya mengangguk faham selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya dan tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Zulkifli dan Siti Zulaila antara pukul 12.54 tengah hari hingga pukul 1.25 petang, di hadapan lift blok 1, Sri Ivory Apartment, Jalan Lengkok Angsana, Ayer Itam, di sini pada 7 November lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Pendakwaan kes tersebut dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M. Darrshini dan mahkamah menetapkan 15 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI