fbpx

‘Telur pun nak menipu ke?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seorang wanita ‘kantoi’ menukarkan telur gred A ke pembungkusan gred B ketika membeli-belah di sebuah pasar raya.

Rakaman video perbuatan wanita itu tular di media sosial dan menerima kecaman orang ramai.

“Jam mahal, baju mahal, rambut buat kat salon, telur 10 biji pun tak mampu beli,” sindir aqilyourbarber.

“Telur pun nak menipu ke?,” komen kidz_babystore.

“Perangai nak benda mahal bayar murah,” kata mrsmileyaziz.

“Bukan nak cakap la. Kami orang susah pun beli telur terus angkat je tak payah tukar-tukar macam tu. Beli barang berjenama boleh, telur tak sampai RM20 pun berkira,” tulis ms_nurrr_

Sementara itu, pengguna lain juga turut berkongsi pengalaman pernah beberapa kali terjumpa orang yang melakukan hal serupa.

“Dah tiga ke empat kali aku jumpa orang buat macam ni,” kata zemi.

“Ya selalu berlaku. Beli strawberi atau ceri biru pon sama juga,” kata ladycooking mate. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI