PETALING JAYA – Jenazah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dijangka disolatkan selepas solat asar hari ini.
Jenazah dijangka akan disolatkan di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Terdahulu, bekas Menteri Kewangan itu disahkan meninggal dunia pagi ini pada usia 86 tahun.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Datuk Gurdial Singh Nijar ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
“Saya telah dimaklumkan beliau (Daim) meninggal dunia pagi tadi tetapi saya tidak mempunyai butiran lanjut mengenai punca kematiannya.
“Doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.
Jelas beliau, Daim telah dimasukkan ke Hospital Assunta di Petaling Jaya sejak beberapa minggu lalu kerana masalah strok yang dialaminya.- KOSMO! ONLINE