RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas daun ketum seberat 180 kilogram (kg) di dalam beberapa bungkusan plastik yang ditinggalkan di tepi Jalan Kasban dekat Jeram Perdah di sini hari ini.
Bungkusan itu ditemui pada pukul 6 pagi ketika sepasukan anggota PGA sedang menjalankan rondaan rutin di kawasan berkenaan.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan ketum itu dianggarkan bernilai RM 5,400.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, kesemua daun-daun ketum itu cuba diseludup ke negara jiran menggunakan laluan tikus bagi mengelakkan dicekup anggota PGA.
“Permintaan daun ketum yang tinggi di negara berkenaan menjadi mendorong kepada aktiviti penyeludupan bahan terlarang itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Azhari memberitahu, PGA akan terus mempertingkan rondaan di kawasan sempadan negata dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan..
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. -K! ONLINE