fbpx

Pijak junior UPNM: 13 individu diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi Mohd Isa.

KUALA LUMPUR – Polis merakam keterangan daripada 13 individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelatih junior Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang mengalami keretakan tulang rusuk dipercayai dipijak penuntut senior.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, keterangan itu diambil bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

“Setakat in, 13 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut.

“Selain itu, kita juga masih menunggu laporan perubatan mangsa lelaki berusia 19 tahun,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan mangsa mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga dalam kejadian 21 Oktober lalu (Isnin).

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 10.45 malam ketika mangsa berada di tepi padang kawad setelah selesai dipanggil nama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI