fbpx

Hasnah angkat sumpah Hakim Besar Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasnah mengangkat sumpah taat setia pada Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Hakim Besar Malaya di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Besar Malaya, manakala bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Hasnah, 65, mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Akhtar Tahir pada Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, manakala Ahmad Terrirudin, 56, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Turut mengangkat sumpah jawatan adalah Datuk Noorin Badaruddin, Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril, Datuk Dr. Alwi Abdul Wahab, Datuk Faizah Jamaludin, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid, Datuk Ismail Brahim, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin sebagai Hakim Mahkamah Rayuan di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.

Pada majlis sama, 15 Pesuruhjaya Kehakiman mengangkat sumpah jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di hadapan Hasnah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI