fbpx

Lelaki amuk rempuh 6 kereta, 9 mangsa selepas cinta ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (dalam bulatan) akhirnya mencederakan dirinya sendiri dan memandu kereta ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - Channel 3

BANGKOK – Seorang lelaki di Bangkok menikam seorang wanita, melanggar enam kenderaan dan sembilan individu lain serta mengelar lehernya sendiri selepas cintanya ditolak oleh mangsa pertama, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Kejadian berlaku petang semalam di kawasan Soi Phaholyothin 48.

Suspek yang dikenali sebagai Arun, 57, pada awalnya menikam mangsa pertama, Aor kerana menolak cintanya.

Kedua-dua mereka dilaporkan sudah berkahwin.

Selepas menikam Aor, suspek mencetuskan berbilang kekecohan termasuk merempuh motosikal, beberapa buah kereta dan garaj kenderaan.

Dia kemudian mengelar lehernya sendiri di hadapan orang ramai sebelum memandu ke arah hospital dalam keadaan berlumuran darah.

Sebanyak enam kenderaan rosak termasuk dua kereta dan dua motosikal. 

Lima buah rumah turut rosak, manakala sembilan individu cedera akibat dilanggar dalam amukan itu.

Suspek ditahan polis ketika dia dirawat di hospital, manakala butiran lanjut mengenai insiden itu masih belum didedahkan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI