OBSES terhadap hobi memancing dan menyukai bau laut, pelakon Prilly Latuconsina sanggup membeli sebuah kapal layar yang ditempah khas.
Kapal persiaran yang sudah lama ditempah tersebut dihantar kepadanya pada Oktober lalu, bertepatan ulang tahun ke-28 bulan lalu.
Selain sebagai hadiah kepada diri sendiri, pelakon filem Danur itu turut membeli dua lagi kapal layar untuk dijadikan sebagai unit sewaan.
Menurutnya, selain memenuhi keinginan peribadi, obsesinya juga dimanfaatkan untuk pelaburan masa depan.
“Hobi saya di laut dan memancing. Kadangkala sukar mencari kapal yang selesa, jadi saya tempah sebuah dan kemudian putuskan beli dua buah lagi untuk disewakan,” katanya.
Aktres terbabit memulakan perniagaan itu dengan pemain badminton, Kevin Sanjaya.