fbpx

Nora Danish sedih anak enggan tidur bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora dan Ney Ney.

PETALING JAYA – Pelakon jelita Nora Danish meluahkan rasa sedih apabila anak lelaki bongsunya tidak lagi mahu tidur sekatil bersamanya dan suami.

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di Instagram miliknya, Nora menyatakan Mohamed Neqayl Nedim atau mesra dipanggi Ney Ney sudah pandai berdikari apabila kini memilih untuk tidur dengan abangnya.

“Sekarang dah pandai nak tidur dengan abang, tapi masih satu bilik dengan mommy dan daddy la. Cepatnya dah berdikari,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam hantaran sama, Nora turut memaparkan beberapa klip video memaparkan keletah Ney Ney yang dilihat sangat petah bercakap walaupun baru berusia tiga tahun.

Terdahulu, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 39, mendirikan rumah tangga bersama dengan Nedim Nazri pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ney Ney.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai sekitar 2006 dan bercerai dua tahun selepas itu iaitu pada 10 Julai 2008. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI