fbpx

‘Merokok, alkohol pun tak, tiba-tiba ambil dadah, awas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEWI PERSSIK

ENGGAN berdiam, penyanyi Dewi Perssik memberi amaran kepada pemilik sebuah akaun laman sosial yang menuduhnya ditahan polis atas kes mengedar dadah.

Dalam hantaran yang tular, individu terbabit berkongsi sebuah video menunjukkan seorang wanita didakwa sebagai selebriti berusia 38 tahun itu sedang bergaduh dengan beberapa wanita.

Menyedari fitnah memburukkan nama baiknya, Dewi mengakui sudah meminta pemilik akaun tersebut memadamkan video berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Amarahnya semakin berganda apabila individu itu masih berdegil seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Merokok pun tidak dan jauhi alkohol, tapi tiba-tiba dituduh ambil dadah. Awas ya. Saya tak teragak-agak buat laporan polis,” katanya.

Amaran pelakon sinetron Centini itu, jangan suka serkap jarang membuat tuduhan melulu hanya disebabkan melihat kemewahan serta gaya hidup seseorang artis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI