BARU surut gosip kononnya mengahwini ketua pegawai operasi firma Kripto, Brian Armstrong, kini timbul pula khabar angin mendakwa pelakon cantik, Raline Shah sebenarnya sedang menjalin asmara dengan seorang lelaki.
Sehingga kini, identiti kekasihnya itu belum didedahkan sebaliknya bintang filem 5 CM itu mengakui pernah membawa buah hatinya ke majlis yang dihadiri bekas Presiden Indonesia baru-baru ini.
Katanya, mungkin tetamu lain tidak perasan tetapi dia turut berkongsi momen istimewa dengan buah hati sepanjang acara dalam laman sosial.
Disebabkan si jejaka agak pemalu, Raline diminta memadamkan gambarnya yang sudah dikongsikan kepada umum.
Akuinya, dia bukan sengaja mahu menyembunyikan insan tersayang, cuma mahu menghormati permintaan lelaki terbabit.
Apabila sudah tiba masa tepat nanti, kata Raline, dia tentu sahaja akan memperkenalkan buah hatinya kepada semua.