fbpx

Kaut untung RM50,000 sebulan jual vape, coklat ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein (tiga kanan) bersama dadah yang dirampas dari pegawai pemasaran digital tersebut. FOTO SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Taktik seorang pegawai pemasaran digital menjual ganja termasuk dalam bentuk cecair vape, coklat dan makanan ringan sejak setahun lalu terbongkar selepas dicekup di hadapan sebuah kondominium di Damansara, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu menahan suspek tempatan berusia 37 tahun itu dan merampas 179. 7 kilogram (kg) dan 80 mililiter ganja bernilai RM6. 19 juta dalam unit kondominium suspek.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati suspek yang bergerak secara solo itu menjalankan modus operandinya dengan memperoleh dadah menerusi kurier selepas memesannya dari luar negara secara dalam talian.

Katanya, penjualan kemudiannya dilakukan cara sama termasuk menggunakan telegram dan penghantaran dibuatmelalui perkhidmatan p-hailing.

“Pada awalnya, suspek menjalankan kegiatan termasuk pembungkusan semula di rumahnya sebelum menyewa kondominium.

“Siasatan turut mendapati suspek berjaya memperoleh pendapatan sehingga RM50,000 sebulan hasil jualan dadah itu,” katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Kata beliau, suspek menjual dadah menerusi pelbagai bentuk sama ada menerusi bunga ganja yang dijual RM36 segram dan cendawan yang pertama kali dirampas berbanding dalam bentuk mampat.

Kaedah lain bagi melariskan perniagaan haram itu adalah jenis jus dan makanan ringan dan coklat.

“Malah, seunit vape yang berisi ganja dijual pada harga RM600 dengan pasaran pengedaran tidak terhad di Selangor sebaliknya negeri lain dan negara jiran ,” tegasnya.

Menurut Hussien, pihaknya turut menyita sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 bernilai RM76, 000.

“Suspek didapati telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak dan tidak mempunyai rekod lampau.

“Ujian air kencing turut mendapati suspek negatif dadah dan lelaki itu kini direman selama enam hari dengan kes disiasat mengikut Ssksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI