fbpx

Polis siap sedia penugasan zon di Temerloh, Mentakab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAZLAN (lima dari kanan) bersama sebahagian media yang menerima sijil penghargaan di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Temerloh di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Musibah banjir besar yang menenggelamkan Temerloh pada 2014, diikuti Mentakab yang tenggelam pada 2021 menjadi tanda aras kepada semua pihak untuk melakukan persediaan rapi dan menyeluruh.

Susulan juga Polis Temerloh telah melakukan persediaan rapi dalam berhadapan kemungkinkan banjir menjelang Monsun Timur Laut bermula bulan ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pihak polis telah melakukan persediaan rapi termasuk mengatur penugasan di zon-zon yang ditetapkan selain mengenalpasti kawasan ‘hot spot’.

Katanya seramai 32 pegawai dan 104 anggota polis bersiap siaga bersama 568 anggota pelbagai jabatan untuk diatur gerak sekiranya berlaku bencana banjir.

“Sebanyak enam zon dibahagikan untuk memudahkan sebarang maklumat dan logistik serta gerakan penyelamatan dilakukan dan antara zon terlibat Mentakab, Lanchang, Kuala Krau serta Temerloh dan pembahagian zon itu dapat memudahkan usaha penyelamatan dengan dikawal oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.

“Saya juga berharap anggota yang terlibat telah bersiap sedia untuk membantu mangsa banjir dan pada Oktober lalu kita telah melakukan proses penyelamatan banjir di Mentakab, syukur tiada sebarang insiden berlaku,”katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Temerloh di sini hari ini.

Menurut Mazlan, mesyuarat dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan telah dilakukan bagi memastikan persediaan lengkap dalam berhadapan situasi banjir.

Katanya, pihaknya serta agensi berkaitan juga sentiasa melakukan pemantuan keadaan cuaca dan kawasan di daerah ini dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI