fbpx

EPL: Sterling jadi ‘kain buruk’ di Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING gagal mendapat peluang di Arsenal selepas Arteta meletakkan tahap prestasi terbaik untuk para pemain menembusi kesebelasan utama. - FB ARSENAL

LONDON – Bekas pencari bakat Liga Perdana Inggeris (EPL), Mick Brown meluahkan kebimbangannya terhadap perkembangan pemain pinjaman Arsenal, Raheem Sterling apabila mengakui prestasi latihannya tidak melayakkannya untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Selepas meninggalkan Chelsea apabila khidmatnya tidak diperlukan Enzo Maresca, Sterling ke Emirates, namun kariernya dilihat semakin malap apabila hanya mampu membuat dua penampilan pada saingan EPL musim ini.

“Saya sedar bahawa terdapat kebimbangan mengenai prestasinya ketika ini. Arsenal cuba menyelamatkannya dari Chelsea, tetapi apabila anda melihat kepada keputusan, ia seakan keputusan yang silap.

“Saya diberitahu bahawa sesi latihannya bersama Arsenal tidak mencapai tahap yang sepatutnya untuk mengembalikan Sterling ke prestasi terbaiknya. Sekiranya ia berterusan, tempoh pinjamannya kali ini akan menjadi sia-sia,” jelasnya.

Arsenal hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan terakhir termasuk ketika mereka tewas kepada Newcastle United dan Inter Milan selain seri menentang Chelsea yang menyaksikan Sterling tidak boleh beraksi menentang kelab asalnya itu.

“Kita semua tahu bahawa pengurus The Gunners, Mikel Arteta meletakkan satu garis panduan yang tinggi untuk para pemainnya dan tidak teragak-agak untuk menyingkirkan mereka yang gagal mencapai tahap prestasi tertentu.

“Mereka ketika ini berdepan beberapa isu kecederaan terutama di bahagian serangan dan mereka memerlukan pemain sayap yang konsisten. Malangnya, Sterling masih gagal mendapat peluang tersebut,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI