PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sedia batal permit import (AP) syarikat yang didapati terlibat dalam kartel pengedaran daging sejuk beku tanpa sijil halal sah.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee malahan menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur jika ada kakitangan kementerian itu sendiri yang terbabit dalam isu berkenaan.
“Kita tidak akan berkompromi sekiranya mendapati ada dalam kalangan warga kementerian ini sendiri yang terlibat selain akan membatalkan AP terhadap syarikat tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Amanat Tahun 2021 dan melancarkan Kalam Antirasuah Kementerian itu di Wisma Tani di sini hari ini. -K! ONLINE