fbpx

Enam lelaki ditahan miliki senapang patah, 81 peluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENAPANG patah yang dirampas dalam Op Bersepadu Khazanah di Lanchang, Temerloh semalam.

TEMERLOH – Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan pemburuan haram di ladang Pongsoi di sini selepas menahan enam lelaki serta merampas selaras senapang patah bersama 81 butir peluru dalam Op Bersepadu Khazanah di sini kelmarin.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, dalam rondaan bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pihaknya mengesan sebuah trak pikap bersama seorang pemandu dan lima penumpang dalam keadaan mencurigakan pada pukul 11.30 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat selaras senapang patah jenis Remington 879 Express Magnum berserta 81 butir peluru hidup dan beberapa jenis peralatan lain untuk tujuan pemburuan haram ditemui dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen pemilikan yang sah.

“Senapang dan peralatan memburu ini disyaki digunakan untuk pemburuan haram di sekitar kawasan Hutan Simpan Kemasul Temerloh,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya susulan itu, enam orang suspek lelaki melayu berumur lingkungan 35 tahun hingga 61 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, anggaran nilai rampasan bernilai RM10,810 dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Temerloh untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya, – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI