fbpx

Pembalak maut dihempap pokok di Hulu Paka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penebang pokok warga Indonesia maut selepas dihempap sebatang pokok sewaktu sedang melakukan menebang pokok di kawasan pembalakan di Hulu Paka, di sini semalam.

DUNGUN – Seorang penebang pokok warga Indonesia maut selepas dihempap sebatang pokok sewaktu sedang melakukan menebang pokok di kawasan pembalakan di Hulu Paka, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari tersebut, mangsa, Daeng Latif Daeng Nurun, 54, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktafi Billah Shah, Noor Fadzly@Rudy Mohd. Noor berkata, mangsa (Daeng Latif) didapati telah dihempap sebatang pokok meranti yang dianggarkan berukuran 250 sentimeter ukur lilit pada bahagian kaki.

“Pokok menimpa mangsa bukanlah yang ditebangnya tetapi lain yang dipercayai tiba-tiba tumbang sewaktu dia sedang melakukan kerja-kerja penebangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi untuk mengeluarkan mangsa dari kawasan pembalakan berdepan sedikit kesukaran berikutan laluan agak licin ekoran hujan.

“Pasukan anggota bomba terlibat perlu menaiki jentolak dan traktor sejauh 16 kilometer selama lebih sejam untuk tiba di lokasi kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI