fbpx

Kehilangan Pastor Raymond, Amri Che Mat masih disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pastor Raymond (kiri) dan Amri.

KUALA LUMPUR – Siasatan kehilangan Amri Che Mat yang hilang pada 2016 dan Pastor Raymond Koh yang diculik pada 2017 masih berterusan hingga kini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa siasatan yang dilaksanakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan mangsa dan suspek yang bertanggungjawab dibuat dengan telus.

“Siasatan juga tidak akan terhenti agar dapat memberi keadilan kepada individu berkenaan dan pihak keluarga.

” Sehubungan itu, saya tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut berhubung kes ini bagi mengelakkan ianya mengganggu siasatan,” katanya melalui jawapan bertulis di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan hasil siasatan ke atas kehilangan Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh sejak 2016-2017 yang masih tidak dapat dikesan.

Selain itu, Guan Eng turut bertanya mengenai kemajuan ke atas siasatan semula kes mendiang Teoh Beng Hock yang terbunuh dalam tempat ruang ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Saifudin memaklumkan PDRM telah membuka kembali kertas siasatan kes mendiang Teoh Beng Hock di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah).

“Kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC), namun pihak AGC telah mengembalikan kertas siasatan kepada PDRM pada 6 Ogos lalu untuk siasatan lanjut.

“Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan, saya tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut berhubung kes ini bagi mengelakkan ia mengganggu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI