fbpx

13 PATI kena kutip di Kota Bharu, Kuala Krai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI yang dicekup dalam Ops Mahir/Kutip/Sapu di sekitar bandar Kota Bharu dan Kuala Krai semalam. FOTO IHSAN JIM

KOTA BHARU – Seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam Ops Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) di sekitar bandar Kota Bharu dan Kuala Krai dekat sini, petang semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen Kelantan (Pengurusan), Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, kesemua PATI yang dicekup kira-kira pukul 2 petang itu terdiri daripada warganegara Bangladesh, Pakistan, Thailand dan Myanmar berusia dalam lingkungan 20 hingga 48 tahun.

Menurutnya, mereka ditahan hasil daripada pemeriksaan terhadap sembilan premis termasuk sebuah rumah di Kampung Cherang Melintang dan kedai runcit di Kampung Pasir Pekan.

“Selain itu, PATI itu diberkas di sebuah rumah di Kampung Paloh Rambai Taman KSM, beberapa permis di Kampung Pahi dan sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Batu Mengkebang, Kuala Krai.

“Kesemua warga asing yang ditahan melibatkan tiga lelaki Bangladesh, lelaki Pakistan (1), lelaki Thailand (2), wanita Thailand (3), lelaki Myanmar (3) dan wanita Myanmar (1),” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Nik Akhtarulhaq memberitahu, seramai 19 orang PATI telah diperiksa, hanya 13 orang yang melakukan kesalahan ditahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI