fbpx

UFO bercahaya hijau ‘jatuh’ dalam laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH UFO terbang di langit Selat Inggeris. - Foto Netflix

LONDON – Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) berjaya dirakam menggunakan kamera sebelum ia menjunam ke dalam Selat Inggeris, lapor portal berita Daily Star semalam.

Rakaman itu dibuat sebagai sebahagian daripada siri televisyen berjudul Investigation Alien terbitan Netflix. Dokumentari tersebut mengikuti wartawan dan pemburu UFO, George Knapp dalam usahanya untuk membuktikan kewujudan makhluk asing. 

Dalam satu bahagian dokumentari baharu, kru produksi menggunakan sebuah kenderaan yang dikendalikan dari jarak jauh (ROV) di luar pantai Perancis berhampiran Normandy.

Mereka kemudian melihat satu cahaya memancar di kejauhan ketika objek tersebut langsung tidak bergerak.

Cahaya berwarna hijau tersebut hilang seketika sebelum ia kembali beberapa jam kemudian lalu jatuh ke dalam laut.

Knapp meminta pendapat sorang rakannya yang juga ahli ahli arkeologi, Rory Kremer yang berkata: “Ia bukan suar, kerana tiada asap yang keluar daripadanya.”

Knapp kemudian bertanya kepada Kremer sama ada UFO itu mempunyai pangkalan di bawah laut.

“Boleh jadi,” kata rakannya itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI