fbpx

Fattah Amin jual baju ‘sold out’ 22 saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATTAH Amin masih belum hilang kepanasan apabila apa sahaja jualannya pasti licin disambar pembeli.

PETALING JAYA – Fenomena Fattah Amin nampaknya masih berlarutan sehingga hari ini. Selepas berjaya mengaut keuntungan dengan menjual daging perap, terbaru Fattah berjaya menjual baju sehingga ‘sold out’ dalam masa 22 saat sahaja dalam aplikasi TikTok.

Sesi ‘live’ tersebut dibuat sempena promosi 11.11 yang giat dijalankan oleh usahawan-usahawan dalam talian.

Ramai peminat yang berputih mata apabila tidak dapat membeli baju baju-T edisi istimewa jualan Fattah.

“Aduh baru nak beli untuk suami. Mana tahu bila suami pakai ada aura macam Fattah Amin,” komen netizen. Tak sempat nak beli. Punyalah tunggu beg kuning dibuka. Sekali sold out,” komen seorang lagi netizen.

Lucunya, disebabkan terlalu teruja mahu mendapatkan baju edisi khas Fattah Amin, ada juga pembeli tersilap memilih saiz.

“Semalam punyalah nak rebut beli sampai tersalah beli size S,” komen netizen.

Ramai peminat yang kagum melihat kesungguhan Fattah mencari rezeki. Malah ada yang berdoa agar dia menjadi usahawan berjaya seperti Khairul Aming satu hari nanti.

“Bersungguh Fattah cari pendapatan. Semoga makin murah rezeki untuk Fatima,” komen netizen.

Terdahulu sebelum ini Fattah pernah menerima komisen berjumlah RM90,000 hasil jualan daging perap. Dia bagaimanapun enggan menerima komisen tersebut malah meminta syarikat berkenaan menginfakkan kesemua komisen yang diterima kepada masjid agar diagihkan kepada golongan yang memerlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI