fbpx

Pemuda maut langgar lembu lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemuda menemui ajal apabila melanggar seekor lembu dalam kejadian di Kilometer 33 Jalan Bukit Serampang-Kebun Baru, Tangkak hari ini.

TANGKAK – Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor lembu di Kilometer 33 Jalan Bukit Serampang – Kebun Baru, di sini hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Idris Abdul Rahman, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.35 pagi itu ketika mangsa berusia 24 tahun dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Felda Bukit Serampang ke Kebun Baru.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal Yamaha Y150ZR di kawasan jalan lurus sebelum melanggar seekor lembu sedang berkeliaran di atas jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Tangkak (HDT) untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, lembu yang dilanggar oleh mangsa yang menunggang motosikal terbabit turut mati di lokasi kemalangan.

“Kemalangan di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kemalangan maut.

“Pemilik binatang ternakan yang dianggap cuai boleh didakwa mengikut undang-undang sedia ada yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua dua sekali,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI