fbpx

Pameran khas Crash Landing On You di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Drama Crash Landing On You yang menjadi fenomena di platform Netflix tahun lalu. - Agensi

TOKYO -Satu pameran khas bertemakan drama popular  Korea Selatan, Crash Landing On You (CLOY) dibuka kepada orang ramai di Tokyo pada 8 Januari lalu, lapor agensi berita Kyodo, baru-baru ini.

Pameran tersebut memberi peluang kepada peminat drama Korea untuk mengimbau adegan paling diingati dalam CLOY.

Binaan semula lokasi babak-babak itu menggunakan lebih dari 450 alat peraga dan foto daripada drama tersebut.

Pemeran khas drama CLOY di Tokyo, Jepun sehingga 27 Februari ini. – Kydo News
Antara babak yang direka semula untuk pameran CLOY di Tokyo, Jepun. – Kyodo News

 

 

 

 

 

 

Ia turut menampilkan beberapa kostum yang dipakai oleh bintang utama iaitu Hyun Bin dan Son Ye Jin dalam drama cinta 16 episod itu.

Pameran di Tokyo dijadualkan berlangsung sehingga 27 Februari di sebuah kompleks komersial berhampiran Stesen Kereta Api JR Harajuku sebelum dipindahkan ke bandar Osaka, Fukuoka dan Nagoya.

Tiket masuk ke pameran CLOY itu dilaporkan berharga ¥1,800 (RM69.86) bagi seorang pengunjung.

Drama CLOY dicaonkan sebagai salah satu dari 10 perkara sohor di Jepun tahun lalu kerana ramai penduduk yang menonton siri ini ketika tinggal di rumah semasa perintah berkurung akibat penularan wabak koronavirus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN