fbpx

Misteri bebola hitam terdampar di pantai terungkai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan bebola hitam misteri yang ditemui terdampar di pantai Coogee di Sydney pada 15 Oktober lalu. - Mothership

CANBERRA – Bebola hitam misteri yang ditemui terdampar di sebuah pantai di Australia baru-baru ini dikenal pasti sebagai sisa kumbahan manusia yang bercampur dengan bahan kimia dan dadah, lapor portal berita Mothership. 

Penemuan mengerikan itu berlaku di pantai Coogee di Sydney pada 15 Oktober lalu.

Majlis perbandaran tempatan pada mulanya mempercayai bahawa gumpalan hitam itu adalah kesan daripada tumpahan minyak atau pembauran. 

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), sekumpulan saintis di Australia mendedahkan bahawa ia terhasil daripada minyak masak, bahan kimia, dadah dan najis manusia. 

Meskipun saiznya berbeza, ia mempunyai permukaan yang kukuh dan lembut jika disentuh. 

Seorang profesor dari Universiti New South Wales, John Beves berkata, analisis menunjukkan bahawa bebola itu bukan terhasil secara semula jadi, sebaliknya berpunca daripada najis manusia. 

“Bebola itu berbau busuk dan sangat menjijikkan. Ia lebih teruk daripada apa-apa yang pernah anda hidu,” tambah Beves. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI