fbpx

PM dijangka umum perutusan petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin Yassin.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri dijangka akan membuat pengumuman rasmi berhubung tindakan kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 petang ini.

Pejabat Perdana Menteri bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang butiran lanjut mengenai masa siaran pengumuman tersebut.

Begitupun, difahamkan pengumuman akan dibuat petang berikutan beliau akan menghadiri sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu.

Turut difahamkan, sidang akhbar perkembangan Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang sepatutnya diadakan hari ini juga dibatalkan dipercayai bagi memberi laluan kepada pengumuman khas Perdana Menteri.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perdana Menteri akan membuat pengumuman khas hari ini bagi memaklumkan tindakan-tindakan yang diambil kerajaan mengambil kira situasi semasa penularan jangkitan Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI