MENJADI anak selebriti sememangnya memberi kelebihan, namun buat Shruti Haasan yang juga puteri kepada aktor senior Kamal Haasan, dia lebih selesa berdikari.
Sebelum tampil dalam filem pertama berjudul Luck pada 2009, Shruti dalam satu wawancara mengakui terlebih dahulu menyertai beberapa siri uji bakat.
Sepanjang mencuba nasib Shruti mengakui tidak pernah memperkenalkan diri sebagai anak kepada legenda perfileman Kollywood dan
Bollywood itu. Dia bahkan selalu menyamar dengan mendakwa bapanya adalah doktor gigi bernama Dr. Ramachandran, manakala dirinya pula diperkenalkan sebagai Pooja.
Biarpun berbangga dengan kejayaan bapanya, anak sulung daripada dua bersaudara itu mahu mendapat watak atas bakat sendiri, bukan sebab pengaruh ayahnya.
Kini Shruti, 38, berjaya membina nama sendiri malah menerima pelbagai anugerah termasuk trofi Filmfare selain pernah berada dalam senarai Selebriti Berpengaruh Forbes India tahun 2015 dan 2016.