fbpx

EPL: Arteta ‘naik angin’ Arsenal sekadar seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINELLI menewaskan Sanchez untuk gol pertama perlawanan, namun kembali disamakan Neto 10 minit kemudian. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengkritik mentaliti pemain selepas gagal melakar kemenangan apabila seri 1-1 ketika bertemu Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Stamford Bridge awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, The Gunners berjaya mendahului hasil penyudah Gabriel Martinelli tetapi gagal menyerap tekanan skuad tuan rumah yang berjaya bangkit menerusi ledakan jarak jauh Pedro Neto.

Kata Arteta, kegagalan barisan pemain mempertahankan kele­bihan jaringan adalah sesuatu yang mengecewakan dan situa­si itu perlu diperbaiki sekiranya mahu mencabar kejuaraan EPL musim ini.

“Saya rasa kita te­lah mendominasi perlawanan sepenuhnya dan menjadi pasukan yang lebih baik di atas padang. Cuma, saya kecewa de­ngan cara bagaimana kita dibolosi oleh mereka kerana gol tersebut boleh dielakkan.

“Justeru, saya rasa pasukan masih belum berada dalam tahap terbaik ketika ini tetapi saya yakin dengan kualiti yang dimiliki pemain, kita masih boleh mencabar saingan dengan konsisten selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Arteta enggan memikirkan jurang perbezaan sembilan mata dengan pendahulu liga, Liverpool dan sebaliknya berharap barisan pemain bebas daripada kecederaan pada aksi antarabanga selama dua minggu nanti.

“Kita tidak boleh buat apa-apa dengan kedudukan Liverpool. Namun, apa yang boleh saya lakukan sekarang adalah berdoa agar pemain utama kami tidak cedera ketika mewa­kili negara masing-masing selepas ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN