fbpx

Bayi 50 hari cedera diserang kera tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi 50 hari cedera diserang sekor kera di rumah keluarganya di Kampung Manggis, Buttetworth kelmarin.

SEBERANG PERAI – Seorang bayi lelaki berusia 50 hari cedera selepas diserang seekor kera tunggal jantan yang menceroboh rumah keluarganya di Kampung Manggis, Sungai Puyu, Butterworth di sini Kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa yang berada bersendirian di ruang tamu rumahnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan gigitan pada kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kera berkenaan menyerang mangsa ketika ibunya pergi ke dapur untuk membancuh susu.

“Ketika kejadian, ayah mangsa keluar ke kedai, neneknya memasak di dapur manakala bapa saudara mangsa berada di luar.

“Bayi itu dikatakan berbaring di atas tilam dengan menghadap pintu hadapan dengan tingkap nako tertutup dan pintu diselak pada bahagian atas sahaja sebelum diserang haiwan terbabit yang menceroboh,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Noorzainy, ibu mangsa yang bergegas keluar selepas mendengar tangisan semakin kuat kemudiannya mendapati bayi itu telah beralih kira-kira semeter dari tilam dalam keadaan berlumuran darah.

“Ibu mangsa nampak seekor kera jantan besar di hadapan pintu rumah sebelum ia melarikan diri ketika wanita itu mencapai bayinya.

“Bayi itu didapati cedera akibat gigitan pada pipi kanan, belakang kepala dan luka pada perut sehingga menampakkan pergerakan usus,” katanya.

Menurut Noorzainy, satu pembedahan kecil dijalankan di Hospital Pulau Pinang dekat sini untuk mencantum bahagian perut yang koyak akibat gigitan itu, namun tiada kecederaan usus.

Beliau berkata, berdasarkan aduan, kera bengis itu dikatakan bergerak di sekitar kawasan rumah mangsa dan jirannya serta sering menyelongkar makanan di rumah penduduk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI