fbpx

Syawal hilang rupanya lepak rumah kawan main ‘game’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja yang dilaporkan hilang pada 5 November lalu ditemui selamat pulang ke rumah pada pukul 3.30 pagi, semalam.

KLUANG – Kehilangan seorang remaja yang memberi alasan tidak sihat sebagai helah tidak mahu ke sekolah akhirnya terjawab apabila dia pergi melepak di rumah kawannya semata-mata untuk bermain permainan video ‘game’ PS2.

Remaja dikenali sebagai Syawal, 14, yang dikatakan keluar sejak 5 November lalu ditemui di Kampung Melayu di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, ibu bapanya menyedari keberadaan remaja terbabit pada pukul 3.30 pagi semalam.

“Ketika ditanya ibunya, remaja itu menyatakan dia pergi ke rumah rakan di kampung sama untuk melepak dan bermain permainan PS2.

“Remaja tersebut turut memaklumkan dia ada pulang ke rumah dalam tempoh lima hari itu ketika kedua ibu dan bapanya tiada di rumah untuk makan dan mandi sebelum keluar semula ke rumah kawannya itu.

“Pengadu yang juga ibunya kemudiannya datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk menarik semula laporan selepas mendapati anaknya dalam keadaan baik dan tiada apa-apa yang mencurigakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI